Notis dan persetujuan perlindungan data peribadi
Agensi Pekerjaan Slensa Sdn Bhd ("Slensa") mengumpul dan memproses data peribadi anda, termasuk nama, nombor telefon, email, kelulusan, pengalaman, skill, sijil dan resume, menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Tujuan. Data anda digunakan untuk (a) menilai kesesuaian anda dengan jawatan kosong, (b) mencadangkan dan mengemukakan profil serta resume anda kepada syarikat klien Slensa yang menawarkan pekerjaan, (c) menghubungi anda berkenaan peluang pekerjaan dan proses temuduga, dan (d) merekod status penempatan anda.
Pendedahan. Profil dan resume anda hanya dikongsi dengan syarikat klien bagi jawatan yang Slensa cadangkan untuk anda. Nombor telefon dan email anda tidak dikongsi dengan syarikat klien tanpa kebenaran anda; semua urusan dibuat melalui Slensa.
Tempoh simpanan. Data anda disimpan selagi akaun anda aktif dan dipadam dalam tempoh 24 bulan selepas akaun tidak aktif, kecuali jika undang-undang memerlukan sebaliknya.
Hak anda. Anda boleh meminta akses kepada data anda, membetulkannya, atau menarik balik persetujuan dan meminta data dipadam pada bila-bila masa dengan menghubungi Nama Pegawai, email@slensa.com.my, 03-xxxxxxx. Menarik balik persetujuan bermaksud Slensa tidak lagi dapat mencadangkan anda kepada syarikat klien.
Persetujuan. Pemberian data adalah sukarela, tetapi diperlukan untuk Slensa membantu anda mendapatkan pekerjaan.
Versi notis: 2026-11